
BuddySurvey4u
![]()

![]()

![]()



1976

KETAHANAN RAKYAT
Lima lembaga manusia melambangkan lapisan rakyat yang berganding bahu
membentuk satu tujuan dan cita-cita kemakmuran dan keselamatan negara. Tema
"KETAHANAN RAKYAT" ditulis melengkung di atas menjadikan rekabentuk ini
bulat dan bertangkup melambangkan keteguhan negara. Rekabentuk ini juga
berupa rebana ubi menggambarkan satu masyarakat yang berkebudayaan. Bulatan
tadi membendung perkataan '31 Ogos' sebagai Hari Kebangsaan. Lima lembaga
manusia juga mencerminkan lima prinsip Rukunnegara yang menjadi landasan
kepada matlamat negara. Warna yang digunakan ialah warna-warna daripada
bendera Malaysia.
1977

BERSATU MAJU
Logo ini bertema "20 TAHUN BERSATU MAJU". Ia mempunyai lima bahagian yang
naik meruncing menuju ke atas sebagai tanda kemajuan dan semua bahagian ini
semakin rapat untuk membayangkan hasrat rakyat untuk bersatu. Lima bahagian
atau tiang yang ada melambangkan lima prinsip Rukunnegara dengan yang di
tengah-tengah sekali (yang paling tinggi) menandakan prinsip pertama, yakni
kepercayaan kepada Tuhan. Tiang-tiang lain yang rupa dan bentuk asalnya
diambil daripada bentuk hadapan perahu melambangkan empat prinsip rukunegara
yang lain, sementara bentuk hadapan perahu dipilih sebagai menandakan teras
kebudayaan Nasional yang berasaskan kepada apa yang benar-benar timbul dari
bumi negara ini. Bulatan yang mengandungi nombor 20 atau rupa bentuk
unsur-unsur kebudayaan itu menandakan 20 tahum selepas merdeka. Empat tiang
diperbuat drp.timah bagi menandakan kemajuan perdagangan dan perindustrian
negara ini, sementara tiang yang paling tinggi diperbuat daripada kayu
belian bagi menandakan keteguhan bumi Malaysia. Di kelilingnya pula terdapat
sebuah kolam dengan airnya berwarna biru laut bagi menandakan kekayaan hasil
laut dan kemajuan para nelayan yang dialami sejak merdeka. Sementarajejambat
kecil yang menyerupai petak-petak melintasi kolam membayangkan betapa teguh
dan sistematiknya ekonomi pertanian negara ini. Jadi jelaslah bahawa logo
tersebut merangkumi kemajuan segenap sektor kehidupan iaitu lahiriah (Pertanian
danPerindustrian) dan batiniah.
1978

KEBUDAYAAN SENDI PERPADUAN
Selaras dengan tema Hari Kebangsaan 1978 iaitu, "KEBUDAYAAN SENDI
PERPADUAN", logo ini menggambarkan bulan sabit serta bintang berwarna kuning
yang diambil daripada sebahagian daripada lambang bendera Malaysia dan
memberikan makna sebuah negara (Malaysia). Di dalam bulatan bulan dan
bintang itu terdapat suatu bulatan lagi dalam bentuk ukiran berwarna biru
yang mencerminkan kesenian negara dan diikuti pula dengan bentuk kepala dan
badan berwarna biru seolah-olah bersendi dan bercantum yang mendedahkan
perpaduan rakyat. Bulatan yang terakhir pada logo ini memberikan gambar
rebana ubi berwarna merah/kuning yang melambangkan kebudayaan dan
ditengah-tengah sekali kelihatan angka 'XXI' yang memberikan erti 21tahum
merdeka. Ringkasnya logo tahun ini memberikan penerangan babawa Malaysia
adalah sebuah negara yang mengandungi rakyat berbilang keturunan dan
mempusakai berbagai-bagai kesenian dan kebudayaan dan di samping itu berjaya
menaungi serta memupuk rakyatnya hidup bersatupadu.
1979

BERSATU BERDISIPLIN
Logo ini berbentuk lima segi dan bulatan di luar melambangkan perpaduan
pada keseluruhannya. Lima bulatan kecil berwarna biru melambangkan
prinsip-prinsip Rukunnegara dan juga rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Segi lima yang berwarna merah melambangkan kerjasama, perpaduan dan disiplin
rakyat yang bersama-sama menuju ke arah matlamat untuk memajukan negara.
Matlamat tersebut dilambangkan oleh bulatan-bulatan yang berwarna biru,
merah di tengah-tengah bentuk lima segi itu. Bulatan kecil kuning
melambangkan kedaulatan raja dan memberikan makna taat setia rakyat terhadap
pemerintahan beraja. Selaras dengan tema tahun ini, logo ini melambangkan
rakyat Malaysia daripada berbagai-bagai keturunan dan daripada segenap
lapisan masyarakat bersatupadu dan berdisiplin mematuhi amalan-amalan
prinsip Rukunnegara dan dengan itu dapat menuju kearah kemakmuran dan
keamanan.
1980

BERDISIPLIN BERBAKTI
Logo ini melambangkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa
yang berdisiplin berpandukan Rukunnegara (bentuk lima segi) dalam mencapai
kesejahteraan hidup hari-hari. Bulatan-bulatan yang melindungi di
tengah-tengah itu adalah kumpulan-kumpulan berbilang bangsa yang sentiasa
bersedia berbakti kepada Raja dan Negara. Bulatan Besar yang melingkumi
segala bentuk yang ada itu melambangkan 'bulat manusia kerana muafakat'.
Bentuk bulat itu juga menegaskan lagi keutuhan hidup berdisiplin.
1981

BERDISIPLIN BERHARMONI
Logo Hari Kebangsaan 1981 ini melambangkan kejayaan dan kemajuan yang telah
dicapai oleh negara kita selama 24 tahun iaitu sejak mencapai kemerdekaan
dahulu. Bentuk yang merupakan tiga orang di sebelah bawah logo melambangkan
masyarakat berbilang bangsa yang sentiasa berganding bahu berusaha menampung
dan menuju mercu kejayaan dan kemajuan melalui lima tiang yang mencerminkan
garis panduan hidup berdasarkan prinsip Rukunnegara. Bulatan-bulatan yang di
sebelah atas melambangkan kejayaan dan kemajuan yang berunsurkan politik,
ekonomi dan kemasyarakatan
1982

BERDISIPLIN GIAT MAJU
Logo tahun ini berbentuk bunga raya yang merupakan Bunga Kebangsaan.
Daripada segi ciri-ciri bunga tersebut ia dapat melambangkan ketahanan yang
tetap segar seperti yang telah dibuktikan oleh bunga itu sendiri.
Warna-warna yang digunakan adalah warna yang terdapat pada bendera Malaysia.
Lima kelopak bunga tersebut boleh diertikan sebagai lima prinsip Rukunnegara
yang membentuk keutuhan negara. Bulatan yang kelihatan menunjukkan
keharmonian perpaduan dan kesempurnaan. Seperti digambarkan warna biru pada
angka 25 melambangkan cinta rakyat terhadap negara dan percantuman 25 itu
dapatlah melambangkan perpaduan, liku hidup dan pembangunan yang telah
dialami oleh negara dalam bidang pembangunan dan kestabilan negara bagi
mencapai 25 tahun merdeka dan terus berkembang untuk 25 tahun dan seterusnya
pada masa hadapan.
1983

BERSAMA KE ARAH KEMAJUAN
Logo Hari Kebangsaan 1983 ini merupakan anak panah yang memberikan
gambaran menuju ke satu arah tertentu, iaitu matlamat kemajuan. Logo ini
melambangkan perpaduan dan kerjasama yang erat antara beberapa golongan
rakyat dalam berbagai-bagai bidang. Ini digambarkan melalui tiga simbol
empat segi yang terjalin antara satu dengan lain yang di dalamnya
mengandungi bulatan-bulatan yang menggambarkan kelompok-kelompok golongan
yang terdiri daripada usahawan-usahawan persendirian, golongan swasta dan
golongan pentadbiran awam. Ketiga-tiga golongan ini bergiat untuk
membangunkan negara ke arah kemajuan dan didukungi oleh satu petak tiga segi
yang melambangkan sokongan pihak Kerajaan terhadap usaha bekerjasama bagi
mencapai aspirasi negara.
1984

AMANAH ASAS KEJAYAAN
Logo Hari Kebangsaan bagi tahun 1984 melambangkan tema 'AMANAH ASAS
KEIAYAAN'. Bulatan putih di tengah-tengah logo mencerminkan kesucian,
kesempurnaan dan keutuhan yang menjadi intisari kepada sifat amanah. Bulatan
biru yang dikelilingi oleh rajah kuning biru berbentuk lima segi
melambangkan hidup muafakat di antara rakyat berbilang kaum di dalam negara
yang berdaulat berserta kerjasama yang erat antara sektor awam dengan swasta
yang akan membawa kejayaan di berbagai-bagai aspek. Manakala lima bentuk
merah yang menyerupai anak panah menunjukkan apa-apa yang kita usahakan
telah menuju kejayaan dengan pancaran anak panah yang bermula dari bulatan
putih sebagai asas amanah serta juga daripada aspek-aspek lain.
1985

NASIONALISME TERAS PERPADUAN
Logo Hari Kebangsaan bagi tahun 1985 melambangkan tema "NASIONALISIME
TERAS PERPADUAN". Lima bulatan biru yang dikandungi oleh bentuk-bentuk merah
melambangkan rakyat Malaysia berbilang kaum daripada berbagai-bagai rumpun
bangsa yang bersatupadu manakala bentuk-bentuk merah pula melambangkan
semangat nasionalisme yang menjadi teras perpaduan tersebut. Bulatan putih
menunjukkan negara yang bersih dan harmoni. Bulatan biru di tengah-tengah
menunjukkan perpaduan erat di antara kaum menjadikan satu bangsa rakyat
Malaysia manakala bulatan kuning melambang negara Malaysia yang merdeka dan
berdaulat. Bulatan merah menunjukkan patriotisme menjadi asas yang penting
dalam mengukuhkan perpaduan rakyat yang cintakan negara.
1986

BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH
Logo Hari Kebangsaan bagi tahum 1986 ini melambangkan tema "BANGSA TEGAS
NEGARA TEGUH". Bentuk-bentuk berwarna biru mencerminkan kesungguhan dan
ketegasan negara ini dalam usaha memperjuangkan kemerdekaan dan kedaulatan
negara di kalangan masyarakat antarabangsa. Sikap negara yang teguh dan
positif ini hanya dapat diwujudkan dengan adanya sokongan lapisan rakyat
Malaysia seperti yang dilambangkan dengan bentuk tiga segi berwarna merah
itu. Warna Kuning di tengah melambangkan kedaulatan raja-raja yang merupakan
satu daripada prinsip Rukunnegara.
1987

SETIA BERSATU BERUSAHA MAJU
Logo berbentuk empat segi yang terletak di atas empat bulatan sementara
bulatan yang kelima pula terletak di tengah-tengah. Bentuk empat segi
melambangkan penekanan dalam empat bidang ekonomi iaitu perumahan, pertanian,
pelancongan dan perindustrian. Kegiatan dalam empat bidang ekonomi ini
memerlukan dukungan oleh lima bidang kegiatan yang dilambangkan oleh lima
bulatan. Lima bidang kegiatan yang dimaksudkan ialah penyelidikan,
pendidikan, perkhidmatan dan prasarana kewangan dan keselamatan. Lima
bulatan juga melambangkan Rukunegara. Warna kuning dalam bulatan tengah
membawa erti kesetiaan, warna biru yang mewarnai bentuk empat segi dan lima
bulatan melambangkan keharmonian yang wujud di kalangan rakyat jelata yang
bersatu padu sementara warna merah pula membawa erti berusaha. Gabungan
warna dan bentuk logo ini melambangkan tema SETIA BERSATU BERUSAHA MAJU
1988

BERSATU
Tema "BERSATU" pada bahagian ini yang berupakan tiga kepala dan satu
tubuh adalah digambarkan secara grafik, di mana rakyat Malaysia yang terdiri
daripada berbilang kaum haruslah bersatu bagi mengekalkan perpaduan dan
keamanan di kalangan rakyat yang berjiwa Malaysia. Lima jalur merah dan
putih ini juga membawa erti rangkaian lima prinsip Rukunnegara yang sentiasa
diamalkan oleh penduduk negara ini. Tiga cabang mengistilahkan konsep Bersih,
Cekap dan Amanah yang menjadi asas pentadbiran kerajaan dan amalan kehidupan
seharian rakyat Malaysia. Warna kuning melambangkan sistem raja
berperlembagaan yang membawa rakyat bersatu.
1989

BERSATU
Keunikan tikar mengkuang yang memaparkan hasil seni anyaman tradisional
sejak zaman-berzaman, menjadi aspek penting dalam konsep logo ini.
Petak-petak berwarna-warni ini ibarat 'anyaman' yang kukuh lagi erat,
lambang perpaduan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Petak-petak
berbentuk empat segi merah dan biru menandakan rakyat di negara ini hidup
aman damai berteraskan perpaduan nasional. Bentuk-bentuk ini dipisahkan oleh
jalur-jalur putih yang mempunyai erti tersendiri, iaitu jalur yang membawa
maksud kebebasan dalam mengamalkan ajaran agama, menentukan adat resam dan
kebudayaan serta mengamalkan ajaran agama, menentukan adat resam dan
kebudayaan serta kebebasan menyuarakan cita-cita masyarakat. Petak-petak
yang berbentuk empat anak panah yang bertemu di tengah membayangkan satu
matlamat ke arah kejayaan berpandukan semangat setiakawan dan berganding
bahu. Sementara empat bulatan kuning mempunyai peranan penting dalam
mendukumg sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan demokrasi.
1990

BERJAYA
Konsep tema "BERJAYA" digambarkan melalui tiga kepala dan tiga tangan
yang dilingkungi warna biru melambangkan rakyat Malaysia berbilang bangsa
yang hidup bersatu demi mengekalkan perpaduan serta keamanan untuk
memastikan kejayaan Malaysia seluruhnya. Warna kuning pada bulatan
melambangkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan yang menjamin keutuhan
dan kestabilan negara yang seterusnya akan menjamin kejayaan Malaysia .
Jalur merah dan putih yang berbentuk tangan menjulang ke atas membawa erti
kejayaan dalam pelbagai bidang kehidupan yang menjadi kehendak dan cita-cita
negara yang tiada hadnya. Warna ini juga melambangkan konsep Bersih, Cekap
dan Amanah yang sentiasa menjadi asas pentadbiran negara. Warna biru yang
menjadi latar belakang logo melambangkan keharmonian dan kestabilan negara.
1991

WAWASAN 2020
Logo Hari Kebangsaan 1991 ini bertemakan Wawasan 2020. Anak panah yang
terdiri daripada jalur-jalur merah, biru, putih dan kuning melambangkan azam
dan tekad rakyat Malaysia yang bersatu padu menyokong usaha ke arah
menjadikan negara ini sebuah negara maju. Bentuk segi tiga berwarna merah
mencerminkan sokongan rakyat untuk melipatgandakan daya usaha pengeluaran
agar tercapai hasrat tersebut. Bulatan biru, putih dan merah melambangkan
perancangan dan pengawalan yang terakhir iaitu yang berteraskan nilai-nilai
yang luhur dan murni dalam usaha mencapai wawasan 2020 (dua puluh dua puluh)
itu.
1992

WAWASAN ASAS KEMAJUAN
Rekabentuk Logo adalah berasaskan huruf 'W' dan anak panah. Huruf 'W'
merujuk kepada perkataan Wawasan dan tiga anak panah dalam huruf 'W' yang
menuju ke atas melambangkan arah dan haluan Wawasan iaitu kemajuan ekonomi,
sosial dan kerohanian masyarakat Malaysia dan negara di masa depan.
Warna-warna merah, putih, biru dan kuning iaitu warna-warna Bendera Malaysia
yang terdapat pada logo ini adalah sebagai lambang masyarakat berbilang kaum
di negara ini yang hidup bersatupadu dan harmoni yang merupakan tunjang
utama dalam memastikan kegiatan ekonomi dan sosial dapat bergerak cergas
menuju ke arah matlamat yang dicita-citakan. Secara keseluruhannya,
rekabentuk logo ini membawa maksud masyarakat Malaysia yang terdiri daripada
berbilang kaum hidup bersatupadu dan harmoni dalam sebuah negara yang stabil,
aman dan makmur sentiasa berusaha dan bekerja keras untuk menjadikan
Malaysia sebuah negara 'maju' di masa depan.
1993

BERSATU MENUJU WAWASAN
Rekabentuk: Bentuk hampir bulatan : Menggambarkan bersatupadu,
bekerjasama, bersemangat setiakawan, berharmoni serta bercita-cita tinggi
bagi mencapai wawasan. Warna: Merah dan putih : Melambangkan keberanian,
kecekalan dan mempunyai semangat juang yang mantap dan gigih, kesucian,
ketulusan, keikhlasan serta semangat untuk mencapai apa yang di wawasankan.
Biru : Menggambarkan cita-cita setiap masyarakat Malaysia yang inginkan
kemajuan, keharmonian, kesejahteraan dan keamanan yang berkekalan menerusi
wawasan yang dicita-citakan. Kuning : Menggambarkan satu arah serta tujuan
yang sama-sama dihasratkan bagi mencapai apa yang diinginkan. Secara
keseluruhannya, rekabentuk dan warna-warna di atas melambangkan cita-cita
yang tinggi serta perjuangan yang ikhlas lagi jujur bagi mencapai wawasan
yang diidam-idamkan oleh setiap rakyat Malaysia
1994

NILAI MURNI JAYAKAN WAWASAN
Tema: Nilai Murni Jayakan Wawasan Bentuk hati dan anak panah : Nilai
murni, bukan hanya terletak pada tingkah laku dan sikap fisikal sahaja
tetapi terletak pada hati nurani seseorang itu. Hati membentuk seseorang itu
berakhlak baik dan mulia. Segala perbuatan terletak pada niat di hati. Warna
putih pada bentuk 'hati kecil' melambangkan kebersihan dan kemuliaan hati
dengan sifat nilai-nilai murni. Warna merah dan biru pada bentuk 'hati besar'
melambangkan berbagai kaum dan lapisan masyarakat Malaysia. Warna kuning
pada anak panah melambangkan matlamat dan hasrat masyarakat. Secara
keseluruhannya rekabentuk logo dan warna-warnanya melambangkan nilai murni
bukan hanya terletak pada tingkahlaku dan sikap fisikal sahaja tetapi
terletak pada hati nurani seseorang itu. Hati membentuk seseorang itu
berakhlak baik dan mulia. Segala perbuatan terletak pada niat di hati.
Dengan memiliki nilai-nilai murni inilah masyarakat Malaysia menjayakan dan
menuju wawasan 2020.
1995

JATIDIRI PENGERAK WAWASAN
Konsep Logo : Logo ini berkonsepkan bunga kebangsaan iaitu bunga raya.
Keterangan Rekabentuk : Bentuk lima kelopak Bunga Raya ini dimaksudkan
sebagai lima rangkaian prinsip Rukunnegara. Warna-warna merah, putih, kuning
dan biru pada logo tersebut berasaskan warna-warna bendera Malaysia yang
melambangkan rakyat Malaysia dari berbilang kaum, agama dan kebudayaan
berusaha membentuk suatu jatidiri tersendiri. Warna putih pada garisan yang
mengelilingi kelopak-kelopak bunga membawa maksud amalan nilai-nilai murni
oleh rakyat Malaysia telah membentuk keharmonian rakyat. Warna kuning
membawa maksud kedaulatan negara dan wawasan yang hendak dicapai. Warna
merah membawa maksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian
menempuh cabaran di dalam dan di luar negara. Warna biru membawa maksud
rakyat Malaysia bertekad menjadikan negara ini sebuah negara yang maju,
harmoni dan sejahtera. Secara keseluruhannya rekabentuk dan warna logo ini
membawa maksud rakyat Malaysia berbilang kaum, agama dan kebudayaan hidup
dalam negara yang berdaulat dan harmoni serta bersatupadu membentuk jatidiri
kebanggaan negara demi menggerakkan Wawasan 2020.
1996

BUDAYA PENENTU KECAPAIAN
Rekabentuk logo mencerminkan realisasi kecapaian negara yang progresif dan
inovatif dengan keharmonian pelbagai kaum yang sepakat membina satu budaya
yang dinamis. Reka bentuk logo juga mengutarakan semangat waja masyarakat
dalam mengejar aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara yang unggul dari
setiap aspek iaitu ekonomi, sosial dan politik. Warna Warna biru
melambangkan rakyat dan Kerajaan bergabung tenaga.Warna merah melambangkan
semangat bersama yang membakar dalam setiap jiwa rakyat. Warna putih
melambangkan niat murni rakyat dalam menuju usaha mencapai kejayaan bersama.
Warna kuning melambangkan matlamat yang hendak dituju pada setiap masa iaitu
keharmonian pelbagai kaum.
1997

AKHLAK MULIA MASYARAKAT JAYA
Reka bentuk : Tangan berdoa dan tiga lapisan hati menggambarkan harapan
negara (tangan berdoa) semoga masyarakat berbilang kaum di Malaysia hidup
harmoni (tiga lapisan hati), mempunyai akhlak (rohaniah) mulia mengamalkan
kesopanan dan kesusilaan diri demi kejayaan negara. Warna : Warna putih
melambangkan akhlak mulia (hati dan jiwa) dan kuning melambangkan sifat
hormat menghormati dan merah melambangkan sifat berani berusaha untuk
mencapai cita-cita dan wawasan negara.
1998

NEGARA KITA, TANGGUNGJAWAB KITA
Menggambarkan aspirasi serta tanggungjawab rakyat membina negara ke arah
kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan sosial, ekonomi dan politik. Tiga
bulatan merangkumi warna asas Bendera Malaysia berserta bintang 14 bucu
melambangkan 13 Negeri dan Wilayah di Malaysia. Bulatan biru berbentuk
lembaga manusia menjunjung wawasan serta kedaulatan negara. Warna putih
melambangkan harmoni rakyat manakala merah mencerminkan usaha padu kerajaan
membentuk wawasan negara sementara kuning melambangkan kedaulatan Negara.
1999

BERSATU KE ALAF BARU
Menggambarkan rekabentuk seorang insan yang membawa maksud penyatuan
minda rakyat Malaysia sejagat mendukung hasrat dan cita-cita murni negara
dalam menuju ke alaf baru yang lebih dinamik dan mencabar. Bentuk kon (V)
melambangkan ke arah menuju visi negara 2020. Warna merah melambangkan sifat
berani dan yakin diri. Warna biru melambangkan rakyat rakyat bersatu padu
membentuk wawasan negara, Warna putih melambangkan kesucian jiwa dan nilai
murni rakyat. Warna kuning melambangkan tekad dan kesatuan hati rakyat
Malaysia menjunjung kedaulatan negara.
2000-2006

KERANAMU MALAYSIA
Logo Perayaan Bulan Kemerdekaan ini menggambarkan rasa kesyukuran dan
terhutang budi rakyat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan fahaman
politik di atas nikmat keamanan, kemakmuran serta pencapaian cemerlang
negara. 2000 Bulatan berwarna biru dan bulan bintang berwarna kuning
menggambarkan sebuah negara yang terdiri dari 14 buah negeri di mana Islam
adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain bebas dipraktikkan dan rakyat
semuanya hidup di dalam keadaan aman, makmur dan bersatu padu. Warna merah,
kuning dan putih berbentuk objek melambangkan tiga kaum utama di Malaysia (Pribumi,
Cina, India) menadah tangan bersama (Keranamu Malaysia) tanda bersyukur,
rasa terhutang budi dan bangga mengecapi kemajuan dan kemakmuran di bumi
bertuah bernama Malaysia. Seterusnya mereka bertekad untuk meneruskan
kecemerlangan ini di masa akan datang yang digambarakan melalui pegangan
tangan yang meruncing dan bentuk "V" yang bermaksud vision atau wawasan.
2007

MALAYSIAKU GEMILANG
Rekabentuk logo ini diilhamkan dari jalur Gemilang sedang berkibar yang
merupakan bendera kebangsaan rakyat Malaysia. Kibaran Jalur Gemilang
melambangkan semangat kecintaan rakyat pada negara. Jalur merah dan putih
digayakan dalam bentuk angka lima manakala bentuk bulan dan bintang
dijadikan angka kosong yang mana ia menjadikan angka 50 yang menjadi tonggak
utama logo ini sempena ulang tahun kemerdekaan ke-50. Bahagian di hujung
angka 5 terus disambungkan pada stigma bunga raya yang merupakan bunga
kebangsaan Malaysia. Pada stigma itu diletakan lima titik di hujungnya yang
bermaksud lima prinsip Rukun Negara yang menjadi amalan setiap rakyat
Malaysia. Bentuk dasar logo adalah bulat yang ‘italic/slanted’ ke kanan.
Bentuk ini adalah dinamik yang memberi maksud kemajuan yang pesat yang
dialami oleh negara Malaysia sejak 50 tahun mencapai kemerdekaan. Bentuk
bulat juga bermaksud rakyat Malaysia berbilang kaum yang bersatu dalam
mencapai nikmat dan kemajuan sepanjang 50 tahun usia kemerdekaan. Warna
merah dan putih melambangkan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru
bermaksud perpaduan yang dijalinkan oleh rakyat. Manakala kuning adalah
melambangkan ketua negara, Yang di-Pertuan Agong dan juga bermaksud
kegemilangan yang dikecapi semenjak 50 tahun usia kemerdekaan Malaysia.

![]()